Pendekatan Pembangunan Desa Pintar @Smart Village (SV), antara Keupayaan Malaysia dan Indonesia

Jalaluddin Abdul Malek (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Abstract

Selepas tahun 2010, membangun desa pinter@smart village (SV) telah menjadi dasar pragmatisme kepada pembangunan desa di Malaysia dan Indonesia. Malaysia melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy-NBOS) dan Pelan Transformasi Kerajaan telah melaksana SV dengan mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre – RTC) serta projek Rimbunan Kaseh.  Begitu juga, Pelan Transformasi Digital (PTD) kebangsaan telah melancarkan program Digital Malaysia di mana memberi fokus kepada program baru SV untuk merapatkan jurang digital antara bandar-desa di Malaysia. Manakala di Indonesia pembangunan SV direalisasikan melalui program Desa Pinter iaitu singkatan dari nama Desa Punya Internet. Desa Pinter merupakan sebuah program pelayanan internet pedesaan dari pemerintah Indonesia. Program ini juga merupakan anak program dari projek induk Kewajiban Pelayanan Universal (KPU/USO) yang digagas oleh Kementerian Komunikasi dan Informasi, Indonesia. Kedua-dua pembangunan SV ini bertitik tolak daripada pembangunan pragmatisme yang berbentuk top-down. Persoalannya,  sejauh mana keupayaan pembangunan nasional sedia ada Malaysia-Indonesia untuk membangunkan SV, khususnya bukan hanya kepada pembangunan struktur, tetapi juga membangunkan humanis dan budaya masyarakat desa berasaskan SV.