[featured_image]
Download
Download is available until [expire_date]
  • Version
  • Download 6
  • File Size 149.24 KB
  • File Count 1
  • Create Date 10 October 2016
  • Last Updated 10 October 2016

19.1. Splp Sebagai Jalan Keluar Pekerja Asing Tanpa Izin (Pati) di Malaysia

Mohamad Fauzi Sukimi (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Muhammad Ridhwan Sarifin (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Abstract

Tenaga kerja asing di Malaysia merupakan suatu dilema dalam konteks pembangunan ekonomi dan sosial.  Di satu sisi, pekerja asing diperlukan untuk membantu pertumbuhan ekonomi, namun begitu, pekerja asing juga dianggap menjadi pencetus masalah sosial tertentu.  Negara sebagai suatu struktur tertinggi cuba untuk mengatur dan mengawal proses kemasukan dan keberadaan tenaga kerja asing di Malaysia melalui beberapa undang-undang berkaitan dan proses penguatkuasaan.  Namun begitu, Malaysia masih menghadapi masalah kemasukan dan keberadaan tenaga kerja asing secara tidak sah.  Sehubungan dengan itu kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan undang-undang tentang imigresen dan tenaga kerja asing di Malaysia.  Perbincangan juga menyentuh tentang program-program yang dilaksanakan oleh pemerintah Malaysia untuk mengawal jumlah tenaga kerja asing.  Selanjutnya, menjelaskan bagaimana mekanisma yang digunakan oleh TKI untuk menjadi PATI dan akhirnya keluar dari Malaysia tanpa sebarang masalah.  Kertas kerja ini ditulis berdasarkan suatu kajian bersifat kualitatif di Selangor dan Johor, Malaysia. Hasil kajian menunjukkan terdapat jurang antara apa yang ideal menurut undang-undang dengan realiti yang berlangsung di Malaysia.  Calo atau patron merupakan pihak yang penting bagi survival para PATI dan SPLP menjadi alat utama bagi PATI pulang dengan selamat meskipun telah sekian lama menjadi PATI.

Keywords:  TKI, PATI, Undang-undang, Calo, Patron-Client.