[featured_image]
Download
Download is available until [expire_date]
  • Version
  • Download 15
  • File Size 576.55 KB
  • File Count 1
  • Create Date 10 October 2016
  • Last Updated 10 October 2016

19.3. Analisis Naratif Preferred Reading Filem Dokumentari The Big Kitchen (1952)

Mohd. Nor Shahizan Ali (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti mesej tertentu yang ingin disampaikan bagi menguatkan preferred reading penerbit kepada penonton melalui sekuen filem dokumentari The Big Kitchen (1952) terbitan Filem Negara Malaysia yang mengisahkan perpaduan penduduk di Kampung Baru dalam mewujudkan skim menghapuskan kekacauan komunis di kawasan penempatan mereka. Setiap aspek yang divisualkan dalam filem dokumentari ini menjadi perlambangan kepada perjuangan mereka menentang pengganas komunis. Rentetan daripada faktor sosial, teknologi dan pengaruh budaya luar yang mempengaruhi tahap literasi dan pembinaan makna penonton, maka filem dokumentari The Big Kitchen (1952) telah menjadi bahan sampingan secara senyap menyuntik nilai pensejarahan dan kekejaman komunis di mata masyarakat. Filem dokumentari ini telah menjadi saksi ke atas setiap sejarah yang berlaku kepada bangsa Malaysia. Persoalannya, adakah mesej (preferred reading) filem dokumentari ini dapat mencapai kumpulan sasarannya? Analisis preferred reading filem dokumentari ini terbahagi kepada analisis teknik naratif dan analisis teknik penerbitan  berdasarkan pendekatan oleh Richard M Blumenberg (1975), David BordwelI & Kristin Thompson (1997) dan Herbert Zettl (2005). Analisis teknik naratif adalah berdasarkan latar filem, plot dan cerita filem, grafik dalam filem, mesej yang ingin disampaikan, setting dalam filem, busana dan make-up, ekspresi dan pergerakan dalam filem. Analisis teknik penerbitan ialah jenis syot, pergerakan kamera, kedudukan kamera serta teknik penyuntingan yang digunakan. Adakah mereka melihatnya sebagai sesuatu yang menggambarkan keadaan sebenar atau hanya sekadar sebuah perlambangan? Kewujudan indeks seiringan dengan linguistik dalam sesebuah wacana membolehkan penonton memahami setiap persembahan visual dengan mengaitkan setiap indeks tersebut dengan keadaan dunia yang sebenar. Implikasinya, dapat menambahkan lagi persembahan semulajadi yang menjadi daya penarik ke atas dokumentari tersebut. Hasilnya teknik naratif dan penerbitan yang digunakan dalam filem dokumentari ini telah berjaya membawa preferred reading yang ingin disampaikan iaitu sebagai sebuah filem dokumentari propaganda untuk mendapat sokongan rakyat untuk rnenghapuskan ancaman komunis.

Keywords: Literasi media; Filem dokumentari; Propaganda; Analisis naratif; Komunikasi visual; preferred reading; Pembinaan makna